Membawang Hari Ini

Anak Lisa dan Yusry Pula Jadi Mangsa Buli Siber

MAKIN hari makin ramai artis yang sudah mendirikan rumah tangga. Tahniah diucapkan kepada semua pasangan yang telah melayari bahtera perkahwinan mereka.

Bagi Lisa Surihani Mohamed, 31, perkahwinannya bersama komposer terkenal, Yusri Abdul Halim, 44 merupakan satu kebahagiaan yang paling terindah buat pasangan ini.

Hasil perkahwinan selama lima tahun itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel.

Tapi, satu isu yang sangat tidak bermoral ini merupakan perkara yang tidak dapat diterima langsung! Ramai yang tahu bahawa sebelum ini, Lisa memang tak exposedekat public tentang anak pertamanya, Yahaira Leanne.

Jadi, apabila dah dapat anak kedua ni, perasaan teruja tu mesti akan ada juga. Dan sebab itulah, ada andaian sampah yang telah dibuat oleh netizen ini.

Kalau sebelum ni Lara Alana dikatakan kanak-kanak Syndrome Down, sekarang Yahaira pula yang kena tuduh kononnya tidak cantik?!

 

Apa lah yang jahat sangat mulut tu? Tak fahamlah kenapa sekarang ni makin ramai netizen yang tak reti nak jaga mulut dan tak beradab!

Tang mana yang tak cantiknya Yahaira ni? Putih melepak, cantik macam ibunya, Lisa. Dekat mana yang tak cantik bagi awak tu Salikin oihh?

Jangan lah nak sesuka hati sedap mulut bercakap pasal anak orang. Jaga tepi kain sendiri. Jangan sampai kain sendiri koyak rabak pun awak tak perasan, kain orang lain pulak awak nak kecoh! – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");