shadow

43 pelajar lelaki di Baitul Barokah Wal Mahabbah terpaksa berputih mata apabila berlaku kebakaran di asrama mereka kira-kira jam 4 pagi tadi.

Setakat ini kesemua pelajar tinggal di bangunan lain sekitar sekolah berkenaan berikutan barangan keperluan gagal diselamatkan.

Buat masa ini pihak sekolah mengharapkan orang ramai boleh menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan.

Keperluan utk mereka buat masa ini ialah

 

  1. Pakaian harian
  2. Bantal dan selimut
  3. Mesin basuh
  4. Kipas angin
  5. Tilam boleh lipat (sementara asrama baru dibina)
  6. Seterika dan iron  board
  7. Rak besi utk menyusun barang2 mereka
  8. Tikar getah utk asrama sementara
  9. Penyidai pakaian mudah alih dan hanger
  10. Bahan dan alat utk mencuci spt sabun, berus, getah paip, baldi, gayung dan seumpamanya
  11. Dana utk membangunkan bangunan asrama baru.

 

Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 562834614558 atas nama Baitul Barokah Wal Mahabbah.

Moga yang membantu akan dibantu.

 

 

 

 

Komen & Pendapat