Sukan Hari Ini

Badminton Sukan SEA: Waspada ancaman Thailand, Indonesia – Norza

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, mengingatkan barisan pemain yang bakal menggalas tugas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan kekal berwaspada dengan cabaran Thailand dan Indonesia.

Memetik laporan Astro Arena kem badminton negara mengambil langkah realistik dengan menyasarkan dua pingat emas, dua perak dan empat gangsa.

Bagaimanapun, melihat kepada keazaman kedua-dua negara itu yang memilih untuk beraksi dalam Sukan SEA berbanding Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Norza tidak menolak kemungkinan ia mungkin petanda mereka serius dalam menafikan misi Malaysia kali ini.

Apatah lagi, selepas Thailand mengumumkan sasaran 100 pingat emas dalam temasya dwitahunan itu.

“Sebagaimana yang saya katakan, kami menanti cabaran hebat daripada Thailand dan Indonesia. Thailand hanya akan menghantar Ratchanok Intanon ke Glasgow, jadi itu bermakna kebanyakan pemain mereka akan beraksi di Kuala Lumpur.

“Saya rasa jika kamu melihat sasaran 100 pingat emas Thailand, kamu akan nampak mereka serius untuk menggugat sasaran negara,” jelasnya.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, turut senada dan mahu semua pemain mempamerkan taring sebenar di laman sendiri meskipun tanpa jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.

“Tak kan kita mahu memberikan persembahan yang hambar terhadap sukan yang berprestij seperti ini. Roslin (Hashim) dan Chong Wei Feng juga pernah memenangi acara ini beberapa tahun lalu. Jadi, saya harap tahun ini kita dapat seimbangkan dengan prestasi yang lalu,” kata Misbun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");