Sukan Hari Ini

BAM Enggan Wujud Spekulasi

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) tidak mahu wujud sebarang spekulasi berkaitan kecederaan Goh Jin Wei menjelang temasya Sukan SEA bulan depan.

Tegas Norza, beliau memahami tekanan dihadapi Jin Wei yang kini mengalas dua tugas sebagai pemain nombor satu wanita negara di peringkat senior dan junior ketika baru berusia 17 tahun.

“Saya sebenarnya kesiankan Jin Wei. Dia masih muda tapi ada dua tanggungjawab. Jika lihat prestasi di peringkat senior, pencapaian terbaiknya mara ke final Terbuka Taiwan. Selebihnya hanya melepasi pusingan pertama.

“Tapi untuk menjadi pemain nombor satu, dia perlu menghadapi tekanan dengan baik. Tapi saya faham dia masih muda.

“Justeru jangan buat sebarang spekulasi kerana BAM sentiasa menjaga Jin Wei dengan baik. Jika tidak, dia akan tertekan dan cepat putus asa,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan Jin Wei dalam skuad Sukan SEA, Norza yang ditemui pada Majlis Penyerahan tajaan Bata kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) berkata beliau akan tunggu keputusan imbasan Pengimejan Resonan Magnetik (MRI) pemain itu di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.

Sementara itu Norza turut memaklumkan seorang lagi pemain negara R Satheishtharan keluar dari BAM atas alasan ingin menyambung pelajaran di Universiti Help.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");