Membawang Hari Ini

Bieber Terlanggar Jurugambar

LOS ANGELES: Bintang pop, Justin Bieber secara tidak sengaja melanggar seorang jurugambar dan membiarkannya, ketika memandu di kawasan berhampiran bandar di sini, semalam.

Polis Beverly Hills, Detektif Chris Coulter berkata Bieber, 23, terlanggar seorang pejalan kaki berusia 57 tahun yang kemudian dimasukkan ke hospital dengan kecederaan tidak serius pada jam 9.24 malam waktu tempatan.

Menurut Coulter, Bieber dibebaskan selepas memberi kerjasama kepada polis.

Insiden berlaku selepas bintang berasal dari Kanada itu tiba-tiba membatalkan baki konsert jelajah dunia pada awal minggu ini dengan alasan ‘keadaan tidak diduga.’

Bieber sering mendapat perhatian tabloid kerana sering berdepan masalah undang-undang, termasuk insiden berlumba kereta di Miami dan membaling telur ke rumah jirannya.

Tetapi, kerjayanya kembali menyinar dengan sambutan hebat terhadap album ‘Purpose’ pada penghujung 2015 yang turut memuatkan lagu popular, ‘Sorry.’

 

-AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");