Jenayah

Bunuh 19 Orang, Lelaki Di China Dijatuhi Hukuman Mati

KUNMING – Seorang lelaki dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah tempatan di barat daya wilayah Yunnan China, kerana membunuh 19 orang termasuk ibu bapanya dan tiga kanak-kanak, lapor agensi berita China Xinhua.

Mahkamah Daerah Huize mendapati Yang Qingpei bersalah membunuh ibu bapanya di rumah mereka di kampung Yema pada 28 September tahun lepas, apabila ibu bapa tertuduh enggan menyerahkan wang.

Tertuduh kemudian membunuh 17 penduduk kampung dengan menggunakan parang kerana bimbang ditemui sebelum melarikan diri ke Yunnan, Kunming.

Polis bagaimanapun berjaya menahan Yang pada keesokan hari.

Yang, 28, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan ketika menghadapi perbicaraan tertuduh meminta maaf kepada waris mangsa yang terkorban.

Tertuduh menerima hukuman itu dan tidak akan membuat rayuan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");