Jenayah

Cuba Bakar Bank Selepas Gagal Mohon Insurans

BATU PAHAT: Seorang lelaki ditahan selepas cuba membakar sebuah bank di Jalan Kundang, Bukit Pasir, di sini, malam tadi, kerana dipercayai marah apabila permohonan insuransnya yang bernilai RM100 juta ditolak pihak bank terbabit.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, lelaki berusia 29 tahun itu dilihat menuang cecair dipercayai petrol pada pintu bank berkenaan sebelum melempar kertas yang dibakar lalu melarikan diri dengan motosikal.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata kejadian disedari orang awam di jalan berkenaan lalu menghubungi pihak polis.
Katanya, polis dapat mengesan suspek sebelum ditahan di rumahnya malam tadi.
“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa tidak puas hati selepas bank berkenaan menolak permohonannya yang mahukan perlindungan insurans bernilai RM100 juta.
“Pemeriksaan rekod mendapati suspek pernah menerima rawatan pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, (HSNI), di sini.
“Kebakaran di pintu bank itu dapat dikawal pihak bomba dan tiada kerosakan serius berlaku,” katanya.
Abdul Wahib berkata, suspek direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");