Jenayah

Didakwa Tawar Suapan RM5,000 Kepada Polis

KOTA BHARU: Seorang peniaga buah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, terhadap tuduhan menawar suapan RM5,000 kepada anggota polis.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Mohd Nazri Mohd Noor, 46, di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan suapan RM5,000 kepada Koperal Hadi Hasan sebagai dorongan bagi melepaskannya dan rakannya Md Akbardarr Md Ridzwan, 31, yang ditahan atas kesalahan memiliki dadah dan senjata buatan sendiri.

Kesalahan dilakukan di dalam kereta peronda polis, 12.45 tengah hari 5 Julai 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shahidah Muslimah Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Nik Noor Nazri Nik Soh.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Ogos depan.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");