Isu Panas

Fitnah Hospital Baling: Pemilik Akaun Facebook Terlebih “Ajinomoto”

Baru-baru viral di Facebook kononnya ada pesakit yang terpaksa tunggu sampai 15 jam untuk mendapat rawatan di Hospital Baling. Memang agak diluar logik disitu namun, biasalah lumrah manusia yang dicanang lebih ‘Ajinomoto’ dari apa yang sebenarnya berlaku

Pemilik akaun Facebook Tawakal As Sunnah sebelum ini menyatakan kononnya pihak Hospital Baling membiarkan pesakit bernama Mohd Hanif yang koma terbujur begitu lama di zon merah.

Kenyataan itu ternyata fitnah dan ia kemudiannya mendapat penjelasan sebenar dari pihak hospital dimana pesakit berkenaan hanya berada di Zon Merah Hospital Baling selama 2 jam 55 minit.

Peraktoday.com tidak pasti apakah tujuan fitnah tersebut di buat oleh pihak berkenaan namun ia ternyata menjadi tomahan netizen.

Berikut adalah penjelasan dari Hospital Baling:

Kronologi kes dan penjelasan rasmi Hospital Baling bagi posting tersebut :

  • Terima ambulance call @ 1.30 pagi
  • Case register di Hospital Baling pukul 1.50 pagi
  • Case intubated ( bantuan prnafasan )@ 2.25 pagi
  • Pesakit stabil 4.30 pagi
  • Transfer out to HSAH sg petani @ 4.45pagi
  • Bermakna case berada di red zone hanya 2 jam 55 minit.
    bukan 15 jam.
  • Tindakan pemilik Facebook ternyata satu perbuatan fitnah dimana pesakit berkenaan telah dikendalikan oleh pihak hospital dengan begitu baik.

Justeru, pihak Hospital Baling meminta Pemilik akaun Facebook Tawakal As Sunnah  untuk memohon maaf kepada pihak hospital secara professional dan jika gagal berbuat demikian maka tindakan undang-undang akan diambil.

Untuk pengetahuan semua, setiap rawatan kecemasan di hospital kerajaan mempunyai proses-proses tertentu mengikut zon.

Jadi, janganlah kita asyik nak marah tanpa usul periksa dan kemudian menularkannya di laman sosial.

ZON MERAH – KRITIKAL

Memerlukan perhatian perubatan dengan serta merta, kelambatan menyebabkan keadaan pesakit semakin teruk. Gangguan kesihatan ini berlaku dengan tiba-tiba dan berpotensi membahayakan atau membawa maut kepada pesakit atau mangsa.

CONTOH-CONTOH KES ZON MERAH

 
A UMUM
1 Pernafasan berhenti (Respiratory arrest).
2 Jantung berhenti (Cardiac Arrest) – Ada Saksi.
3 Kegagalan fungsi jantung Akut (Acute Myocardial Infarction).
4 Perdarahan yang teruk (Tidak terkawal)
5 Kecederaan Servikal
6 Kecederaan kepala yang teruk dan mengalami hilang ingatan.
7 Luka Dada terbuka / Kecederaan Abdomen / perut.
8 Renjatan yang teruk.
9 Kebakaran bahagian salur pernafasan.
10 Tension Pneumothoraxs.
11 Komplikasi masalah perubatan: Obstetrik / Jantung / Kencing Manis / Sawan / Hipertermia / Hipotermia / keracunan.
12 Kepatahan bahagian sendi dengan nadi tidak dapat dikesan pada bahagian yang terlibat.
13 Kepatahan tulang di bahagian paha (femur).
14 Demam Tinggi: Suhu 40.5 calsius.
   
B TRAUMA / KECEDERAAN
1 Kecederaan pelbagai bahagian badan yang teruk ( Polytrauma).
2 Kebakaran badan > 10% ( Bahagian badan yang sensitif).
3 Kecedaraan Inhalasi (Sedut haba panas).
4 Kepatahan bahagian bawah badan (Long Bone fracture).
5 Percubaan bunuh diri.
6 Mengambil ubat dengan dos yang berlebihan.
7 Kecederaan yang teruk dan mengalami hilang ingatan.
8 Kecederaan kemalangan jalanraya ( Impak >20 mph).
9 Jatuh dari tempat tinggi melebihi 2 metres ( >20 kaki).
10 Renjatan elektrik.
   
C BUKAN KES TRAUMA / KECEDERAAN
1 Sakit dada yang teruk dengan apa sebab sekalipun.
2 Kesesakan nafas yang teruk termasuk kes asma.
3 Kegagalan fungsi jantung (Infarksi Miokardial akut).
4 Renal Colic.
5 Gastroentritis teruk.
6 Perdarahan GIT (Gastro-Intestinal Tract).
7 Kesakitan bahagian belakang yang teruk (Lower Back pain).
8 Terminally Ill Patient.
9 Kesakitan Abdomen / termasuk retensi air kencing yang teruk.
10 Pening yang teruk / pengsan / sawan.
11 Pesakit koma.
12 Tercekik (chocking).
   
ZON KUNING – SEPARA KRITIKAL
   
A. UMUM
1 Kecederaan belakang dengan atau tanpa kecedaraan “Spinal Cord”.
2 Kehilangan darah sederhana @ 2pints.
3 Terbakar bahagian badan yang serius.
4 Kepatahan terbuka atau kepatahan pelbagai.
5 Kecederaan abdomen yang stabil.
6 Kecederaan mata (Luka terbuka-diberi keutamaan).
7 Makan ubat berlebihan tetapi stabil.
   
B. TRAUMA / KECEDERAAN
1 Kepatahan anggota atas / dislokasi.
2 Luka permukaan kulit pelbagai.
3 Luka terbakar @10%.
4 Terseliuh / Kekejangan otot.
5 Sengatan / gigitan serangga / haiwan.
6 Luka laserasi yang ringan.
7 Benda asing: Telinga / Hidung / Tekak.
   
C. BUKAN TRAUMA / KECEDERAAN
1 Demam yang memerlukan perhatian yang kritikal.
2 Kecederaan abdomen yang sederhana.
3 Jangkitan kulit yang besar ( Cellulitis / Urticaria).
4 Jangkitan mata / telinga yang akut.
5 Sakit kepala akut / sakit: Memerlukan rawatan segera.
   
KES ZON HIJAU – TIDAK KRITIKAL
1 Kecederaan yang tidak serius. Pesakit sedar dan boleh bercakap dan waras.
2 Kesihatan terganggu memerlukan perawatan segera, tetapi pesakit dalam keadaan stabil dan boleh berjalan. Contoh: Demam, cirit birit, batuk.
3 Pesakit tercedera tetapi masih boleh berjalan bagi mendapatkan perawatan.
4 Pesakit boleh dihantar ke hospital dengan keadaan duduk.
Contoh: Luka dengan pendarahan kurang daripada 500ml, Kepatahan tertutup, tulang tangan, lengan atau jari; kecederaan kepala yang tidak menyebabkan pengsan.
5 Luka-luka ringan.
   
KEUTAMAAN ZON HIJAU
1 Keutamaan Hijau 1(G1) : Kanak-kanak di bawah 1 tahun dan warga tua di atas 60 tahun.
2 Keutamaan Hijau 2(G2) : Semua jenis kecederaan dalam kumpulan zon hijau.
3 Keutamaan Hijau 3(G3) : Kes-kes ringan (tidak kritikal / bukan kecemasan).
Nota: Keutamaan akan diberikan mengikut keadaan / keseriusan kes.
   
CONTOH-CONTOH KES BUKAN KECEMASAN
1 Batuk-batuk dan demam-demam biasa.
2 Penyakit kulit – kudis, kurap dan jangkitan kutu.
3 Sebarang penyakit berulang atau kes lama.
4 Jangkitan cacing.
5 Kekurangan zat makanan.
6 Rawatan susulan – kencing manis, darah tinggi, asma tanpa kesesakan bernafas, dan sebagainya.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");