Berita Hari Ini

Formula Baharu Harga Petrol, Diesel Siap

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan formula baharu penetapan harga petrol dan diesel dalam masa terdekat bagi memberikan situasi menang-menang kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pada masa ini, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengambil kira semua faktor sebelum dapat melaksanakan strategi baharu bagi memastikan semua pihak berasa selesa dengan pelaksanaan yang akan dijalankan.

Menurutnya, ini termasuk mengadakan perbincangan bersama syarikat-syarikat pengeluar minyak dan pengusaha-pengusaha stesen minyak masing-masing pada 20 Jun dan 6 Julai lalu bagi menambah baik pelaksanaan harga petrol dan diesel .

‘Kaedah penetapan harga pada masa ini menjamin ketersediaan bekalan petrol dan diesel di pasaran pada harga yang benar-benar wajar ditanggung oleh pengguna,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

 

Beliau turut menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dan empat lagi soalan berkaitan berhubung hasil kajian formula baharu bagi menentukan harga petrol dan diesel yang bertujuan menstabilkan industri minyak negara.

Hamzah berkata, penyelarasan penetapan harga mingguan itu dapat menentukan pengguna menerima faedah mengikut harga pasaran dengan secepat mungkin.

Jelasnya, dalam hal itu, harga runcit yang dikenakan adalah lebih hampir dengan kos produk berkenaan.

“Kita akan umumkan formula baharu untuk keselesaan pengguna dan pengusaha stesen minyak dan pada masa sama memastikan ketika harga petrol naik atau turun, bekalan mencukupi tanpa ada pihak yang akan menyorok bekalan,” katanya.

 

-UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");