Perak Hari Ini

Ipoh Cultural Parade 2017 Bakal Jadi Perarakan Terbesar Di Malaysia

IPOH: Perak bakal melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Record dengan penganjuran perarakan terbesar di Malaysia Ipoh Cultural Parade 2017 yang bakal melibatkan laluan sepanjang 2.8 kilometer di sekitar bandar Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata perarakan berkenaan bakal melibatkan 55 kumpulan yang disertai lebih 2,000 orang peserta.

Malah katanya, acara yang julung-julung kali diadakan itu turut melibatkan 120 buah kenderaan berhias yang terdiri daripada kumpulan kebudayaan, kesenian, muzik dan sebagainya.

Tambah Nolee, acara yang bakal berlangsung pada 23 Julai dan juga merupakan sebuah usaha sama antara Tourism Perak dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Perak (PCCCI) ini bakal menghangatkan lagi kempen Tahun Melawat Perak 2017.

“Bertepatan dengan Tahun Melawat Perak 2017, usaha ini merupakan satu langkah dalam mengekalkan peningkatan kedatangan pelancong ke Perak selain ini juga merupakan sebagai satu sambutan ulangtahun PCCCI ke-110”, katanya.

Selain itu, beliau berkata bagi memudahkan pengunjung, pengangkutan bas percuma akan disediakan setiap 15 minit oleh pihak Bas Sri Maju (Pejalanan dari Stadium ke Bangunan Kamdar Ipoh), dan pihak Bas Perak Transit (Perjalanan dari Medan Gopeng ke Medan Kidd).

Nolee juga berkata, acara yang akan bermula sekitar jam 7 pagi di hadapan Dewan Bandaran (Town Hall) itu turut menyediakan acara cabutan bertuah kepada orang awam.

Selain itu, turut diadakan pertandingan fotografi di mana hadiah utamanya ialah wang tunai sebanyak RM3,000, penginapan satu malam di The Heaven dan juga sijil penyertaan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Penggiat Industri Pelancongan Perak di Hotel Impiana, dekat sini pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");