Berita Hari Ini

Kejayaan Universiti Tempatan Di Mata Dunia Untuk Kebaikan Rakyat

HULU SELANGOR: Kejayaan universiti-universiti tempatan untuk berada dalam kelompok antara terbaik dunia bukan hanya memberi manfaat kepada sektor pendidikan sahaja tetapi rakyat secara keseluruhannya, termasuklah penduduk kampung dan peneroka Felda.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hasil-hasil penyelidikan dan ciptaan universiti tempatan dapat digunakan untuk memudahkan urusan rakyat dan pada masa sama boleh juga meningkatkan pendapatan.

“Seperti E-Cutter hasil ciptaan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan diserahkan kepada peneroka-peneroka Felda di sini, sudah tentunya akan memudahkan kerja di ladang kelapa sawit dan meningkatkan hasil perolehan mereka.

“Saya beritahu Naib-naib Canselor dan profesor universiti, apa guna jadi profesor kalau bukan untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyelidikan Translasional (E-Cutter) UPM Bersama Felda Zon Hulu Selangor di Felda Sungai Tengi Selatan dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan; Naib Canselor UPM, Profesor Datin Dr. Aini Ideris dan Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, Anuar Malek.

E-Cutter merupakan inovasi mesin pencantas elektrik terkini yang digunakan untuk menuai buah dan mencantas pelepah kelapa sawit yang menggabungkan konsep pacuan kuasa elektrik dan mekanikal bagi menggerakkan pahat atau sabit pada galah komposit.

-UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru

!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");