Isu Panas

Kemajuan Selangor Bukan Dibina Melalui Lampu Ajaib Azmin –Zambry

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membanding kemajuan kedua-dua negeri.

Malah dengan tindakan itu, Zambry turut menyatakan bahawa Azmin sebagai pemimpin yang tidak beradab.

Katanya, apabila seseorang Menteri Besar itu datang ke negeri lain, dan mengutuk serta mendabik dada dengan mengatakan pentadbirannya adalah yang terbaik, itu merupakan suatu tanda ‘kehilangan adab’.

“Sebagai Menteri Besar, seharusnya beliau dapat menjaga adab apabila datang ke negeri lain dan bukannya mencela dan merendah-rendahkan negeri ‘tuan rumah’.

“Umpanya kalau saya datang ke negeri orang dan mengutuk dan menghina negeri tersebut, itu menujukkan saya ini sudah kehilangan adab dan tidak menghormarti negeri tuan rumah”, katanya ketika diminta mengulas berkenaan kedatangan Azmin ke Perak tempoh hari dan membanding-bandingkan antara Perak dan Selangor.

Tambah Zambry, pembangunan yang ada di Selangor sekarang ini bukanlah dibina melalui ‘lampu ajaib’ Azmin, namun, ia sudah wujud sejak negeri itu diperintah Barisan Nasional.

“Azmin tidak perlu berbangga dengan hujanya kerana pembangunan yang ada di Selangor sekarang ini bukan dibina melalui ‘lampu ajaibnya’ namun, Selangor telah muncul sebagai negeri maju sejak ketika dipimpin oleh pentadbiran Barisan Nasional sehingga ia menjadi negeri perindustrian dan menjadi tumpuan pelabur dalam dan luar negeri”, ujarnya.

Kata Zambry, cubaan memburuk-burukkan Perak dengan menyebutkan beberapa usaha yang dilakukan di Selangor seperti program mikrokredit untuk usahawan, pemberian biasiswa, bantuan bakal haji dan sebagainya, ia telah pun dilaksanakan di Perak jauh lebih awal.

Zambry juga berkata walaupun Perak mendapat pelbagai pengiktirafan melalui program pembasminan kemiskinan, pengurusan air terbaik, pengurusan kewangan terbaik dari Jabatan Audit Negara, namun, Kerajaan Negeri tidak sewenang-wenangnya mendabik dada dan mencela negeri lain.

“Mungkin Azmin dan rakan-rakan mula tergerak hati untuk memenagi hati rakyat dengan ‘menjelajah’ ke Perak berikutan bahang pilihanraya sudah mula dirasai namun, saya yakin rakyat Perak sudah bijak dalam membuat pilihan dan menghargai komitmen usaha kerajaan negeri bagi mendekati rakyat seperti melalui program Permukiman Menteri Besar dan sebagainya”, kata Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");