Jenayah

Kenderaan Hilang Selepas 12 tahun Ditemui Semula

KUALA ROMPIN – Selepas 12 tahun kenderaan hilang akibat dicuri, siapa sangka ia ditemukan semula pada 22 Julai lalu di Pulau Tioman, di sini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor berkata, kenderaan itu berjaya dirampas melalui Op Lejang Khas yang dilaksanakan di pulau peranginan itu.

Menurutnya, pasukan polis yang bertindak atas maklumat awam telah menahan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang dinaiki seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Kenderaan ini bersama pemandunya yang berusia lingkungan 30an telah ditahan berhampiran Terminal Jeti Kampung Tekek sekitar jam 1.40 petang pada 22 Julai lalu.

“Suspek menjalankan pekerjaan membawa pelancong di pulau ini dan merupakan orang tempatan. Suspek kini masih direman manakala hasil semakan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Kepong, Selangor pada 2005,” katanya dalam satu sidang media di IPD Rompin, lapor Sinar harian.

Azli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan manakala kenderaan itu telah dirampas sebagai bahan bukti dan pemiliknya juga sudah dimaklumkan.

Dalam pada itu, Azli turut memberitahu bahawa sentiasa meminta pegawai atau anggota agar membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang mencurigakan dan ia terbukti mampu menurunkan kadar jenayah dengan agak ketara.

“Pegawai dan anggota diminta setiap hari keluar membuat pemeriksaan secara rawak ke atas kenderaan yang mencurigakan, lakukan semakan dan sekiranya ada rekod kita akan tahan.

“Saya juga menasihatkan masyarakat di luar sana agar menyemak status atau mengesahkan pemilik kenderaan terpakai sebelum membuat pembelian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");