Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Perak Keluar Perintah Kawasan Jangkitan Rabies di Mukim Matang

IPOH: Kerajaan negeri mengeluarkan perintah dibawah Subseksyen 39(1) Akta Binatang 1953 [Akta 674] melibatkan perintah kawasan jangkitan rabies atau penyakit anjing gila bagi kawasan Mukim Matang Daerah Larut Matang dan Selama.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perintah itu berkuatkuasa pada hari ini 17 Julai 2017 melibatkan kawasan terjejas di Kuala Sepetang, Taiping yang dilaporkan semalam.

“Kawasan yang terlibat ini ialah mukim Matang dalam Daerah Larut Matang dan Selama dan ianya diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila.

“Larang pemindahan diumumkan bahawa tiada seorang pun boleh membawa mana-mana anjing keluar dari Mukim Matang dalam Daerah Larut Matang dan Selama melainkan dengan kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengarah perkhidmatan Veterinar Negeri,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Tambahnya lagi,pemilik anjing dikawasan jangkitan anjing gila perlu menyimpan anjing masing-masing dan dikawal rapi.

“Mana-mana anjing yang berada di satu kawasan jangkitan penyakit anjing gila yang tidak dikawal secara efektif mengikut perintah empat boleh dimusnahkan oleh pihak yang diberikan kuasa secara bertulis oleh pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.

“Pihak yang diberi kuasa juga boleh memasuki mana-mana tanah atau premis bagi memeriksa anjing yang berada di kawasan jangkitan penyakit anjing gila,” katanya lagi.

Kerajaan Negeri menyifatkannya ia satu kes terpencil dan setakat ini masih tiada kes terbaru yang dilaporkan bagaimanapun pihaknya akan memantau serta bertindak pantas bagi mengatasinya.

“Kita mengambil langkah pencegahan dan pengawalan walaupun tiada kes terbaru yang dilaporkan,” katanya.

Penduduk setempat disaran supaya tampil membawa anjing peliharaan dan melaporkan kepada pihak veterinar mengenai gejala kes tersebut.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) terdahulu telah mengambil persampelan dan memantau keadaan kawasan jangkitan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");