Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Bangga Atlet Negeri Harumkan Negara

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengumumkan akan memberi pengiktirafan melalui pemberian wang saguhati kepada Cheong Jun Hoong sebanyak RM25,000 atas kemenangannya meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform individu di Kejohanan Akuatik Dunia (FINA) di Budapest baru-baru ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemberian tersebut berdasarkan kriteria dan peruntukkan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Saya difahamkan Majlis Sukan Negara turut memberi saguhati bernilai RM80,000 kepadanya dan hari ini kerajaan negeri, berdasarkan pencapaian, peruntukkan dan kriteria, kita bersetuju untuk menambahkan lagi pemberian saguhati kepada Jun Hoong sebanayk RM25,000”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Jun Hoong berjaya merangkul pingat emas selepas mengumpul 397.50 mata dan menumpaskan penerjun dari China, Si Yajie yang  meraih perak dengan kutipan 396.00 mata, manakala juara Olimpik, Ren Qian pula membawa pulang gangsa (391.95 mata).

Ketika merangkul pingat perak di kejohanan Olimpik di Rio tahun lalu, Jun Hoong telah menerima insentif sebuah unit rumah pangsapuri di Bandar Meru, di sini bernilai RM320,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 daripada kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");