Jenayah

Pelajar Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Khianat

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang rakaman video ‘mengamuk di jalan raya’ menjadi tular di media sosial dihadapkan ke Mahkamah Majistret, atas tuduhan melanggar kereta seorang lelaki, minggu lalu.
Simran Singh, 27, pelajar undang-undang sebuah universiti mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh dituduh melakukan khianat dengan mengundurkan kereta sehingga melanggar bumper kiri kereta dipandu Mohd Kamil Mokhtar, 49, di Jalan Pahang menghala Jalan Genting-Klang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 13 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Elynna Hanim Abdul Halim tidak menawarkan sebarang jaminan.
Peguam Simran, Datuk Jasbeer Singh Kaura memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas alasan tertuduh sedang melanjutkan pengajiannya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Ogos ini sebutan semula kes.
-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");