Perak Hari Ini

Laporan Kewangan MB Inc: Amanah Perak Sambut Baik Saranan Zambry

IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak menyambut baik saranan dari Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mempelawa pelbagai pihak untuk melihat sendiri laporan kewangan dari Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak.

Pengerusi Amanah Perak, Haji Asmuni Awi menerusi satu kenyataan media bagaimanapun menggesa supaya laporan kewangan itu dapat dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak untuk dibahaskan.

Tambah beliau, Amanah Perak juga akan memohon secara rasmi untuk melihat sendiri laporan kewangan Mb Inc dan meneliti beberapa isu termasuk isu jumlah elaun kepada pegawai Menteri Besar.

Malah, Amanah Perak juga ingin melihat jumlah bayaran zakat yang dibayar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk).

Sebelum itu, Zambry, menerusi program Selamat Pagi Perak Bersama Dr Zambry di Auditorium RTM Perak, telah mengarahkan agar MB Inc memberikan kebenaran kepada semua pihak bagi melihat laporan kewangan syarikat berkenaan.

Keputusan itu dibuat susulan tuduhan pembangkang terhadap isu kewangan MB Inc .

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");