Sukan Hari Ini

Legenda Badminton Sahut Cabaran Victor Impian 7 Open 20

EDISI keempat Kejohanan Badminton Victor Impian 7 Open 2017 bakal menjanjikan kelainan apabila bekas jaguh handalan negara mengesahkan penyertaan.

Kejohanan ini di jadual berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos depan bertempat di Dewan Badminton Kelab SUK Shah Alam.

Pengarah kejohanan, Mohd Ghadaffi Shirat berkata, objektif pertandingan adalah untuk mewujudkan satu golongan masyarakat yang mempunyai daya pemikiran yang rasional dan dinamik dalam menjadikan sukan sebagai sebahagian dari aktiviti gaya hidup sihat.

“Tujuannya adalah melahirkan satu budaya sihat dan murni daripada segi perpaduan dalam pelbagai lapisan masyarakat majmuk di Malaysia pada khasnya dan amnya di negeri Selangor.

“Buat masa ini, negara kita perlu melahirkan lebih ramai jaguh-jaguh badminton untuk menjadi pelapis kepada pemain-pemain kebangsaan sedia ada,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini

Antara pemain yang mengesahkan beraksi adalah, Datuk Razif Sidek, Ong Ewe Hock, Arif Latif, Razif Latif, Farizizuan Tazari, Hafizi Hashim, Hafifi Hashim dan Soh Goon Chup.

Mohd Ghadaffi berkata, pihaknya menyasarkan 200 penyertaan pada edisi kali ini yang dibahagikan kepada lima kategori (amatur, bakat baru, terbuka, veteran dan campuran umur).

Katanya lagi, pihaknya berbesar hati apabila Victor Far East (M) Sdn Bhd menjadi penaja utama kejohanan serta Duta Berkat Corporation Sdn BHD, JRA Elite Security, Syarikat Bina Bersama dan 100 Plus turut tidak ketinggalan bersama menjadi penaja.

“Pihak kami bersama Victor lihat sudah tiba masanya bersama-sama mencungkil bakat di peringkat akar umbi bagi tujuan berkenaan.

“Berbekalkan kesedaran akan tanggungjawab ini, maka jawatankuasa perlaksanaan kejohanan mengambil langkah positif dalam penganjuran ini untuk merealisasikan impian dan harapan negara dalam melahirkan jaguh sukan badminton,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");