Perak Hari Ini

Menara Telekomunikasi Bersepadu Tingkat Liputan Perkhidmatan Telekomunikasi Di Perak

TANJUNG MALIM:Perak menjadi negeri pertama perantis kepada penambahbaikan perabot jalan kepada Prasarana Berintergrasi Sistem Telekomunikasi di kawasan terpilih seluruh negeri ini.

KPerak Inc Corporation selaku penyelaras infrastruktur Telekomunikasi (APiT) menerusi pembinaan struktur Menara Telekomunikasi bersepadu di Tanjung Malim selaku projek perintis pertama yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata menara yang pertama dijangka akan beroperasi dalam tempoh tiga bulan.

“Pada hari ini kita lancarkan strukturnya terlebih dahulu dan akan memberi penambahan pendapatan buat kerajaan negeri.

“Majlis Daerah Tanjung Malim menjadi perintis pertama bagi projek ini dan ia satu pendekatan baru bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat” katanya pada majlis perasmian Menara Telekomunikasi bersepadu di hadapan Arean Square  Tanjung Malim di sini hari ini.

Beliau turut berharap perkhidmatan tersebut dapat diperluas ke semua kawasan supaya jairngan telekomunikasi dapat dipertingkatkan.

Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff.

Pembinaan struktur Menara Telekomunikasi Bersepadu berketinggian antara 18 hingga 24-meter akan dapat menampung permintaan pihak penyedia perkhidmatan bagi menyediakan liputan telco yang lebih menyeluruh.

Pihak APiT bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengenalpasti Struktur Pemancar Atas Bangunan Sedia ada dan memastikan ia mempunyai permit atau tidak bagi cadangan lokasi perabot jalan milik PBT berhampiran untuk tujuan penggantian atau penambahbaikan kepada prasarana berintegrasi sistem telekomunikasi.

“Pihak APiT melalui pemaju dipilih akan menggantikan perabot jalan milik PBT seperti lampu jalan, lampu isyarat tiang CCTV, papan iklan dan papan tanda kepada Prasarana Berintergrasi Sistem Telekomunikasi mengikut kesesuaian tempat bagi tujuan menambah baik liputan perkhidmatan telekomunikasi kawasan itu,” kata Nolee.

Pelaksanaan pemindahan ke struktur Menara Komunikasi Bersepadu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa dan dijangka berakhir menjelang tahun 2019.

Turut dilancarkan Aplikasi ‘Smart Postmen’ yang dibekalkan melalui telefon pintar kepada pihak posmen sewaktu menjalankan tugas penghantaran surat selain berfungsi dalam pengumpulkan mutu perkhidmatan telekomunikasi selular dikawasan yang dilalui mereka.

Data yang diperolehi akan disalurkan dan dimanfaatkan juga oleh APiT bagi mengukur kekuatan liputan perkhidmatan telekomunikasi selular di satu-satu kawasan seterusnya mencadangkan kaedah dan inisiatif sesuai bagi penambahbaikan liputan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");