Berita Hari Ini

MRT, Projek Infra Rakyat Bertaraf Dunia -Najib

KUALA LUMPUR: Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) merupakan infra-rakyat bertaraf dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, projek  MRT SBK itu juga akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak projek ‘infra-rakyat’ di negara ini.  
Selepas MRT laluan SBK itu beroperasi katanya, pelbagai lagi projek akan dilaksanakan termasuk MRT kedua laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya;LRT3 Bandar Utama-Johan Setia;kereta api ke Pantai Timur;Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura; serta menaik taraf sistem monorail dan KTM.
Tambahnya, melalui pelaksanaan semua projek itu, menjelang tahun 2027 akan menyaksikan Kuala Lumpur memiliki sistem pengangkutan awam bersepadu sepenuhnya.
“Ini semua akan dilaksanakan pihak kerajaan, apatah lagi apabila MRT3 atau MRT circle line siap, bererti menjelang tahun 2027 nanti, kita akan menyaksikan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur yangbersepadu sepenuhnya. Inilah impian kita.
“Berdasarkan rekod prestasi, kita (kerajaan) akan dapat memenuhi objektif ini,” katanya ketika merasmikan Fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di stesen bawah tanah, Tun Razak Exchange di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan menteri kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Perdana Menteri berkata, sistem pengangkutan yang baik dapat memberikan manfaat kepada rakyat seperti menjimatkan masa dan kos perjalanan ke sesuatu tempat, meningkatkatkan produktiviti dan semangat kerja selain membantu mengurangkan kos sara hidup.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata projek MRT Laluan SBK berjaya disiapkan dua minggu lebih awal daripada jadual asal iaitu pada hujung bulan ini.

Selain dapat menjimatkan RM2 bilion kepada RM21 bilion daripada bajet awal sebanyak RM23 bilion.

Laluan MRT SBK sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen itu bakal memberi manfaat kepada 1.2 juta penduduk di Lembah Klang. 

-UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");