Isu Panas

Najib Makin Terdesak-Wan Azizah

SHAH ALAM :Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin terdesak untuk mencemar nama baik Pakatan Harapan.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kecaman Najib terhadap pimpinan Pakatan Harapan menjadi bukti terdesaknya beliau.

“Kenyataan Najib hari ini menunjukkan betapa beliau takut sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14 seterusnya akan membawa ‘pesalah laku’ ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Terdahulu, Najib di dalam ucapannya semasa program Invest KL 2017 mengecam pimpinan Pakatan Harapan dengan mendakwa pembangkang kini berada dalam keadaan huru-hara dan tidak mencapai kata sepakat.

Sementara itu, Wan Azizah mencadangkan agar Najib berhenti memperlekehkan kekuatan dan iltizam parti tersebut.

“Sebaiknya, beliau mengumumkan untuk bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14 nanti.

“Saya juga menggesa agar Najib memberanikan diri untuk berdebat dengan mentor lama beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyangkal segala dakwaan yang telah dilempar terhadapnya dan pentadbiran beliau,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");