Perak Hari Ini

Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Peringkat Negeri Perak Meriah!

IPOH:Sekitar lebih 5,000 orang hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Bulatan Amanjaya Meru di sini hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama barisan exco kerajaan negeri dan wakil setiap agensi kerajaan negeri.

Program Negaraku Sehati Sejiwa peringkat negeri Perak dianjurkan khusus bagi menyemarakkan sambutan Bulan kemerdekaan pada 31 Ogos ini anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Jelas Saarani, semua rakyat perlu mensyukuri nikmat yang diberi tuhan atas nikmat kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi negara selama ini.

“Kita perlu mengingatkan kepada semua supaya menyatakan kesyukuran atas nikmat yang diberi tuhan nikmat negara yang aman dan merdeka seperti dialami kini.

“Negara luar rakyatnya tidak berani berkumpul kerana bimbang keselamatan dan sesetengah kerajaan pula menghalang rakyatnya keluar kerana bimbang mereka melakukan perkara yang dilarang jadi kita perlu bersyukur dengan nikmat negara kita,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Beliau turut memberi saranan agar semua rakyat dan agensi kerajaan serta swasta bersemangat mengibarkan bendera di setiap kediaman dan premis masing-masing.

Terdahulu Saarani turut melepaskan konvoi 36 kenderaan pelbagai agensi sebagai simbolik Negaraku Sehati Sejiwa 2017.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");