Isu Panas

Pakatan Harapan Ibarat Ular Berkepala Tiga –Azwan Bro

IPOH: Struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan dilihat seperti tiada kesepakatan yang jitu kerana wujud tiga nama bagi memimpin pakatan tersebut.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Senator Khairul Azwan Harun berkata struktur kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang  tersebut dilihat seperti tiada ketua yang sebenar.

“Mereka telah umumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden namun, persoalan di sini, siapa ketua yang sebenar antara mereka bertiga?

“Ini diibaratkan kalau macam ular tu, dia ada tiga kepala”, katanya.

Khairul Azwan turut menyelar sikap Tun Mahathir yang membuat ‘pusingan U’ dengan menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Harapan pada masa yang sama masih lagi tidak mempunyai calon memandangkan Anwar telah menyatakan pendirian untuk tidak menjadi Perdana Menteri.

“Tun Mahathir sekali lagi telah buat pusingan U, dengan menyatakan sokongan untuk Anwar jadi Perdana Menteri namun, dia kata Anwar calon Perdana Menteri ke-8, dan calon Perdana Menteri ke-7 mereka masih lagi tidak dapat dijawab siapa calon yang sesuai”, kata Azwan.

Pada masa sama, Azwan senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dimana beliau berpendapat DAP dipinggirkan dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan walaupun DAP merupakan parti terbesar bagi kerusi pembangkang di dalam parlimen.

“Dalam konteks kepartian politik mana-mana di dunia, apabila ada satu parti yang menguasai jumlah dalam satu-satu pakatan politik, dengan jumlah kerusi ahli parlimen atau perwakilan, parti itu yang patut mempimpin pakatan tersebut.

“Namun ia tidak terjadi dalam Pakatan Harapan di mana kita lihat walaupun DAP mempunyai kerusi terbanyak dalam parlimen bagi kerusi pembangkang, mereka hanya ada Lim Guan Eng, tapi itupun, duduk di kerusi timbalan presiden yang sama taraf dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Ipoh Barat dekat Bangunan UMNO Negeri Perak pada Jumaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");