Sukan Hari Ini

Pandelela Dan Jun Hoong Raih Gangsa

BUDAPEST: Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, berjaya meraih pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform seirama pada final Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina di sini, awal hari ini.

Pasangan negara itu bemula baik apabila terjunan pertama mereka menyamai catatan mata gandingan, Ren Qian dan Si Yajie, malah berjaya memintas kedudukan penerjun handalan China itu pada terjunan kedua.

Pandelela dan Jun Hoong, yang membawa reputasi selaku pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio nyata tidak gentar dengan cabaran China dan juga Korea Utara apabila sentiasa berada dalam kelompok tiga terbaik.

Mereka turut dihimpit penerjun Kanada, Meaghan Benfeito dan Caely Mckay, tetapi pasangan Malaysia itu konsisten menamatkan saingan di tempat ketiga dengan meraih 328.74m untuk gangsa.

Qian dan Yajie unggul meraih emas menerusi catatan 352.56m diikuti Korea Utara, Kim Min Rae dan Kim Kuk Yang, yang mencatat 336.46m.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");