Isu Panas

Parti Politik Guna Nama Islam Rosakkan Masyarakat

KUALA LUMPUR – Masyarakat muslim rosak apabila nama Islam digunakan untuk jenama parti politik walaupun politik itu satu juzuk dari Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, menggunakan nama Islam untuk jenama politik merupakan satu penyalahgunaan.

“Dengan salah guna tersebut, maka cuba dimonopolikan nama Islam untuk tujuan kepartian yang sempit.

“Mereka menyesatkan dan mengeluarkan dari Islam sesiapa yang mereka mahu atas ukuran perjuangan politik kepartian mereka,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu rakaman video tentang huraian al-syeikh Bin Bayyah mengenai politik.

Parti politik yang menggunakan nama Islam di Malaysia adalah Parti Islam Se-Malaysia atau PAS.

Mohd. Asri seterusnya berkata, Islam yang luas yang merangkumi setiap muslim dijumudkan dalam perjuangan politik kepartian.

Kata beliau, pihak berkenaan boleh menyatakan pihak tertentu sesat dengan hujah agama dan kemudian membela pihak itu dengan hujah agama.

Dakwa beliau, situasi itu menyebabkan agama menjadi mainan kepartian yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Islam. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");