Membawang Hari Ini

Pasaraya Rosyam Nor Mula Beroperasi Bulan Depan

Menjelang bulan depan, Rosyam bakal memiliki rangkaian pasaraya berjenama ST Rosyam yang akan beroperasi di sekitar Lembah Kelang.

Laporan Utusan online menyebut, cawangan pertama pasaraya ST Rosyam merangkumi 13 lot unit kedai akan menemui pelanggan-pelanggan di kawasan perniagaan Setiawangsa, di sini.

“Ini merupakan percubaan pertama saya membuka sebuah pasaraya yang menjual secara borong dan runcit.

“Insya-Allah, ia akan beroperasi bermula Ogos ini. Pasaraya ini mensasarkan kepada pembeli dari barangan basah hinggalah barangan kering,” jelasnya.

Menurut Rosyam, persetujuan untuk menceburi perniagaan runcit dibuat beliau sebagai perancangan masa depannya selain menyedari terdapat tuntutan terhadap bidang berkenaan dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai anak seni yang sudah lebih 30 tahun dalam dunia seni, peranan saya lebih kepada pemasaran dan promosi kepada pembeli.

“Ada lebih daripada 10,000 jenis barangan dapur,basah dan kering dijual di dalam pasar raya terbabit. Kami juga sasarkan untuk membuka dua lagi cawangan sebelum penghujung tahun ini,” kongsinya.

Sejajar dengan kemajuan zaman teknologi masa kini, pihaknya juga akan turut menawarkan perkhidmatan pembayaran secara kad debit.

“Istimewanya pasaraya ini, pembeli tidak perlu lagi membawa wang tunai setiap kali mahu membeli keperluan asas.

“Hanya dengan penggunaan kad debit sahaja, pembayaran akan jadi lebih mudah dan cepat. Selain itu juga, kami juga sudah merancang untuk beroperasi secara atas talian dan juga perkhidmatan penghantaran kepada pembeli,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");