Perak Hari Ini

Pelabur Asing Masih Yakin Dengan Ekonomi Malaysia

IPOH:Berikutan penuruan ekonomi global termasuk harga komoditi yang rendah, harga minyak rendah namun Malaysia masih mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang positif iaitu 4.2 peratus pada 2016 dan 5.6 peratus pada suku pertama 2017.

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semasa membacakan ucapan perasmian bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China-Malaysia (ACCCIM), Ke-71 hari ini berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga telah meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dan membantu pengurusan ekonomi untuk tahun ini dari 4.5 peratus hingga 4.8 peratus di bawah kelulusan pengurusan ekonomi dan dasar monetari yang ditetapkan.

“Kerajaan juga memahami seluruh untuk pertumbuhan adalah diantara 4 peratus hingga 5 peratus selaras dengan pemerhatian dan unjuran yang dibuat setakat ini dan ia mencerminkan ekonomi malaysia masih kuat,” katanya.

Katanya lagi, program transformasi yang dilakukan kerajaan kini menunjukkan keberhasilan dan melakarkan kejayaan apabila struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai.

“Kerajaan mengekalkan inflasi dan kadar pengangguran pada tahap rendah. Kadar kemiskinan juga dikurangkan kepada 0.6 peratus. trend positif ini didorong oleh peningkatan eksport dan pertumbuhan dalam sektor perkilangan.

“Kita yakin bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,” ucapnya lagi.

Katanya, perkembangan positif itu juga telah mendorong keyakinan pelabur asing untuk datang ke negara ini.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa kami akan mengekalkan kerjasama yang baik dan terus memberikan ruang buat pelabur asing untuk terus mengembangkan ekonomi negara dalam rantau ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta agar pihak ACCCIM terus mempertingkatkan kerjasama dengan kerajaan selaku orang tengah dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi antara pelabur asing khususnya dari China.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");