Isu Panas

Penuh Dengan Agenda Peribadi, Tun Mahathir Dan Lim Kit Siang Harus ‘Ditembak’ Dengan Tepat

IPOH: Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun menyifatkan Tun Mahathir dan Lim Kit Siang adalah musuh sebenar dan patut ‘ditumpaskan’ dengan segera.

Menurut beliau, jika beranalogi dalam situasi peperangan, mereka ini harus ‘ditembak tepat di dahi’.

“Kalau dalam konteks peperangan, seorang penembak tepat itu, harus menembak tepat di dahi musuhnya agar mati, dan begitulah analogi kita bila berhadapan dengan Tun Mahathir dan Lim Kit Siang.

“Kalau tembak dan hanya menyebabkan musuh kita tempang, itu bahaya”, katanya dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Ipoh Barat dekat Bangunan UMNO Negeri Perak pada Jumaat,

Azwan turut berkata Tun Mahathir merupakan seorang ahli politik yang licik dan juga mempunyai agenda peribadi yang tersendiri.

“Bagi mengelakan Anwar buka mulut dan mendedahkan segala penyelewengan Tun berkaitan dengan urus niaga Bank Negara sewaktu pemerintahannya, maka sebab itu beliau buat pusingan U, sokong Anwar jadi Perdana Menteri.

“Urusniaga tersebut dilaporkan mengalami kerugian beberapa juta walhal, ia mencecah 10 billion USD ketika itu, dan pada masa itu Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, dan mustahil Anwar tidak tahu apa yang Tun Mahathir sudah lakukan”, katanya.

Selain itu, Azwan juga berkata antara agenda peribadi Tun Mahathir ialah mahu menjadikan anaknya, Mukhriz Mahathir, sebagai Perdana Menteri dengan segera dan pada masa sama dapat meneruskan ‘legasi’ pemerintahanya.

Selain menyebabkan perpecahan kaum melayu ketika ini, Azwan juga berkata Lim Kit Siang turut mahu anaknya, Lim Guan Eng menjadi penggantinya pada masa akan datang, dengan sengaja ‘menutup’ kesalahan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Lim Kit Siang minta Datuk Seri Najib untuk berundur tapi dia lupa, anak dia sendiri sedang berhadpan dengan kes mahkamah atas pertudahan pembelian rumah, di bawah harga pasaran dengan sesorang yang berkepentingan untuk mendapatkan tanah di Pulau Pinang.

“Sepatutnya Guan Eng kena letak jawatan, bagi memudahkan proses pengadilan  berjalan”, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");