shadow

IPOH: Perak bakal memiliki sebuah lapangan terbang baru yang membolehkan bukan sahaja kapal-kapal terbang untuk tujuan pelancongan malah turut bagi tujuan pembangunan industri lain.

Menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri setakat ini sedang mengadakan beberapa siri perbincangan khususnya dengan kerajaan persekutuan bagi merealisasikan usaha itu.

“Kita sekarang ini dalam beberapa siri perbincangan dengan kerajaan persekutuan dan kita telah mengenalpasti tempat yang bakal dijadikan lapangan terbang itu.

“Kita sedang meneliti untuk mengadakan kerjasama dengan pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia dan juga dengan pihak Department of Civil Aviation Malaysia (DCA)”, katanya.

Tambah beliau lokasi yang akan diberitahu kelak itu dipilih atas faktor muka bumi yang sesuai dan juga jauh dari lapangan terbang sibuk yang lain seperti Lapangan Terbang di Pulau Pinang.

Tambah Zambry, lokasi itu pernah disenarai pendek bagi diwujudkan lapangan terbang namun ianya ditarik balik dan dijadikan kawasan pembangunan lain.

Mengulas tentang lapangan terbang lama di Hulu Perak, beliau berkata kerajaan negeri sedang mengadakan kerjasama dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara bagi membangunkan lapangan terbang tersebut bagi memberi peluang kepada pesawat-pesawat ringan untuk mendarat, lantas bakal meningkatkan sektor pelancongan di kawasan tersebut.

Belaiu berkata demikian kepada media selepas program Selamat Pagi Perak di Auditorium RTM Perak pada Isnin.

Komen & Pendapat