Perak Hari Ini

Perak Negeri Pertama Guna Aplikasi ‘Smart Postman’

TANJUNG MALIM:Tugas Posmen kini bukan hanya sebagai penghantar surat tetapi juga berperanan menyebarkan maklumat berkaitan maklumbalas dan masalah komuniti setempat.

Berikutan perubahan itu, Perak menjadi negeri pertama bagi semenanjung Malaysia yang melancarkan penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) Smart Postman yang bermula di Pejabat Pos Tanjung Malim di sini sebagai lokasi pertama projek perintis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata inisiatif baru ini merupakan satu pendekatan yang baik selain mempunyai pelbagai fungsi.

“Posmen sebagai agen masyarakat yang akan memberikan laporan khasnya untuk tujuan mempertingkatkan infrastruktur telekomunikasi.

“Kita mendapatkan laporan dari agen posmen dikawasan lokasi penghantaran surat termasuk melibatkan tempat pembuangan sampah haram atau jalan yang didapati berlubang,” katanya kepada media selepas melancarkan Aplikasi Smart Postman di dataran Arena Square Tanjung Malim di sini hari ini.

Setakat ini sebanyak lapan agen Smart Postman telah menggunakan aplikasi tersebut yang telah beroperasi di Pejabat Pos Tanjung Malim sejak sebulan yang lalu.

Inisiatif ini merupakan kerjasama strategi lautan biru (Blue Ocean Strategy) dua agensi dibawah portfolio KPerak-APiT dan Pos Malaysia Berhad bagi memudahkan penyebaran maklumat berkaitan aduan dan maklumbalas mengenai liputan selular dan pelbagai maklumat lain.

Aplikasi Smart Postman terdahulu telah diperkenalkan di Sabah dan Sarawak beberapa tahun lalu bagi memudahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenalpasti lokasi yang tidak mempunyai liputan perkhidmatan telekomunikasi.

Sementara itu bagi seorang Posmen,Mohd Nur Hisham Mat Radi berkata aplikasi berkenaan adalah satu pendekatan yang baik apabila dia boleh menyampaikan aduan rakyat terus kepda pihak berwajib disamping menjalankan pekerjaan sedia ada menghantar surat.

“Saya baru sebulan menggunakan aplikasi ini tetapi ia sangat mudah digunakan sekiranya mendapati satu-satu kawasan tidak memiliki liputan selular komunikasi yang tidak baik saya boleh melaporkannya kepada Ibu Pejabat,” katanya yang telah berkhidmat selama tujuh tahun dengan Pos Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");