Perak Hari Ini

Perak Sambut Baik Penyediaan Blueprint 2.0 Dari NCIA

IPOH: Kerajaan Perak menyambut baik usaha Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam menyemak semula dan merangka kembali beberapa pelan pembangunan ekonomi negeri ini bagi tempoh jangka masa panjang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata usaha seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan negeri dalam memberikan agihan ekonomi yang adil khususnya kepada penduduk di kawasan luar bandar.

 

“Diharapkan dengan adanya blueprint 2.0 dan pelan yang meletakkan sasaran dalam satu jangka masa yang panjang pada tahun 2016 sehingga 2025 ini akan memberi dimensi baru kepada keadilahan agihan dan pembangunan ekonomi kepada warga bandar dan juga khususnya warga di luar bandar yang selaras dengan perkembangan ekonomi  sekarang.” kata Zambry.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 (Blueprint 2.0) di Casuarina@Meru, di sini pada Khamis.

 

Pada masa sama, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata Blueprint 2.0 yang bertemakan ‘Pertumbuhan Berteraskan Kesaksamaan Sosial’  ini telah menggariskan 80 projek strategik yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi bagi negeri-negeri yang terlibat iaitu Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah, untuk mencapai sasaran RM300 billion pada tahun 2030.

“Daripada jumlah projek-projek berkenaan, tujuh  daripadanya ialah projek berimpak tinggi yang diklasifikasikan sebagai ‘Nod-Nod Pertumbuhan’ di mana dua daripadanya pula terletak di Perak iaitu Projek Greater Kamunting Conurbation (GKC), dan Manjung-Aman Jaya Maratime City”, katanya.

 

Tambah beliau, GKC ini merupakan projek usahasama NCIA dengan kerajaan negeri di mana menjadi sebahagian dari inisiatif kerjaan negeri untuk mencapai negeri berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

Manakala bagi Manjung-Aman Jaya Maratime pula bakal membuka ruang ekonomi bagi daerah berkenaan melalui sektor pembuatan, pertanian, perikanan dan akuakultur, pelancongan, hab halal serta sektor sumber manusia.

 

Ujarnya juga, pelancaran Blueprint 2.0 ini juga merupakan usaha bagi memantapkan lagi pembangunan ekonomi bagi negeri yang terlibat dalam mendepani cabaran ekonomi terkini yang tidak menentu.

Majlis turut dihadiri Penasihat Khas Perdana Menteri bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk  Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");