Berita Hari Ini

Pertempuran Meletus Ketika Jemaah Masuk Al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Pertempuran meletus antara polis Israel dan penduduk Palestin ketika ribuan jemaah mula memasuki kawasan tapak suci hari ini bagi menamatkan boikot di kawasan sensitif itu.

Seorang wartawan menyaksikan pertempuran yang berlaku sejurus jemaah memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa.

Pasukan Palang Merah Palestin melaporkan, 46 orang cedera dalam kawasan Haram al-Sharif, yang dikenali Yahudi sebagai Temple Mount dan kawasan berdekatan.

Punca pertempuran dalam kawasan berkenaan tidak dapat dipastikan.

Di luar pula, pertempuran berlaku apabila sebuah kumpulan anggota polis berjalan di tengah-tengah orang ramai. Penduduk Palestin melemparkan botol plastik dan polis Israel membalasnya dengan bom tangan.

Ribuan jemaah membanjiri kawasan berkenaan untuk bersolat Asar, sekali gus mengakhiri boikot selepas Israel mengeluarkan lebih banyak peranti keselamatan di pintu masuk Al-Aqsa susulan serangan pada 14 Julai yang membunuh dua anggota polis Yahudi.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");