Jenayah

Polis Dan Pemandu Lori Didakwa Mengugut

IPOH: Seorang anggota polis bersama seorang pemandu lori masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba mengugut seorang individu di sebuah kawasan perindustrian di Seri Iskandar, kira-kira tiga tahun lalu.
Lans Koperal Muhamad Faisal Ahmad Ghapur, 32, dan Muhammad Azizul Hakim Hasnan, 27, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan itu.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan pemerasan dengan cara menakut-nakutkan seorang individu, Faizal Yusof dengan menunjukkan gari yang dimiliki serta mengancam membawa mangsa ke balai polis.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kawasan Perindustrian Farmaseutikal di bandar Seri Iskandar, pada jam 7 malam, 20 Mac 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Hakim S Indra Nehru membenarkan masing-masing tertuduh dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin manakala Muhamad Faisal diwakili Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Muhammad Azizul diwakili Khairul Anuar Musa.
-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");