Perak Hari Ini

Pusat Rekreasi Waterfront Sungai Perak Bakal Jadi Tarikan Terbaru Di Teluk Intan

TELUK INTAN: Pusat Rekreasi Riverfront Sungai Perak bakal menjadi satu lagi ikon pelancongan terbaru di sini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato‘ Seri Mah Siew Keong berkata pembinaan Pusat Rekreasi Riverfront Sungai Perak itu merupakan projek tambahan yang bakal diintergrasi bersama-sama dengan pembinaan Rancangan Tembatan Banjir (RTB) Teluk Intan.

Ujarnya, pembinaan tangga-tangga batu sepanjang 200 meter dengan kelebaran 25 meter itu merupakan elemen yang bakal menjadikan RTB Teluk Intan sebagai sebuah Pusat Rekreasi Riverfront Sungai Perak kelak.

 

“Pembinaan tangga-tangga batu berkedalaman 6 meter pada paras air Sungai Perak ini juga bakal memberi menfaat kepada penganut-penganut Hindu yang melakukan pelbagai istiadat keagamaan di pinggir sungai ini”, katanya.

Mah yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, selain menjadi projek tembatan banjir pendekatan berkenaan juga sedikit-sebanyak akan memberikan manfaat kepada kira-kira 150,000 orang penduduk di sekitar Sungai Perak dari pelbagai segi.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja dan memantau perkembangan pembinaan Fasa 1 RTB yang dijangka siap pada penghujung tahun ini, di sini, pada Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");