Perak Hari Ini

Rabies: Proses pemvaksinan Bermula Hari Ini

IPOH:Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Perak, telah mengambil beberapa langkah kawalan terhadap kes rabies atau penyakit anjing gila yang dikesan di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Perak,Dr Fuziyah Muhayat, program pemvaksinan yang dilakukan dalam satu kilometer radius akan bermula pada hari ini.

Malah katanya sebanyak 1,000 dos vaksin rabies telah dihantar ke DVS Perak.

“DVS Perak telah menerima aduan pada 13 Julai 2017 daripada seorang pemilik bernama Ooi Ai Heng yang beralamat di No 157, Tepi Sungai, Kuala Sepetang, Taiping, Perak berkaitan dengan seekor anjing miliknya yang telah mati selepas 9 hari menggigit anak perempuan dan anak saudara perempuannya.

“Pihak VRI telah mengesahkan kes adalah positif rabies berdasarkan kepada ujian FAT dan RT PCR pada 15 Julai 2017.

“Berikutan itu beberapa tindakan telah dilakukan oleh Pengarah DVS Perak adalah dengan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kawalan dan pembasmian rabies di Bilik Mesyuarat DVS Perak bersama pegawai dan kakitangan DVS Perak pada 16  Julai 2017,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya, perkara itu seterusnya dimaklumkan kepada pihak berkuasa Negeri iaitu kepada  Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi proses mendapatkan pewartaan kawasan Kuala Sepetang sebagai kawasan wabak rabies.

“DVS Perak juga telah memaklumkan kejadian kes Rabies kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan dua mangsa yang terkena gigitan telah mendapat vaksin rabies dos pertama dari pihak hospital dan telah pun dibenar pulang ke rumah.

Katanya lagi,pihak DVS juga telah mengambil keputusan tindakan kawalan seperti menetapkan kawasan radius satu kilometer sekeliling dari lokasi kes (Kuala Sepetang) sebagai  kawasan pemvaksinan kepada semua anjing-anjing yang mempunyai pemilik,menjalankan survelan aktif di dalam lingkungan 10 kilometer radius dari lokasi kes serta pensampelan anjing-anjing terbiar dalam lingkungan satu kilometer radius.

“Bancian dan survelan aktif telah dilakukan di lokasi Larut matang dan Selama ke atas  sebanyak 59 rumah di dalam 1kilometer radius dari lokasi kes rabies.

“Didapati bilangan anjing(bertuan) sebanyak seekor manakala yang anjing tidak bertuan (anjing liar) sebanyak 5 ekor.

“Bagaimanapun tiada sebarang petanda klinikal dikesan pada semua haiwan tersebut,” katanya.

Jelasnya, program kempen kesedaran dalam satu kilometer radius juga telah dijalankan dengan memberi penerangan dari rumah ke rumah kepada 59 orang pemilik haiwan.

Mengulas mengenai satu aduan baharu kes gigitan iaitu gigitan seekor kucing yang bertuan di Kg Mentari Kuala Sepetang jelasnya pemeriksaan klinikal telah di buat dan didapat tiada petanda klinikal pada kucing tersebut.

“Tindakan kuarantin dan pemerhatian klinikal akan dilakukan ke atas kucing sehingga  tempoh 14 hari,” katanya.

Mangsa gigitan katanya telah mendapat rawatan di Pusat kesihatan Kuala Sepetang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");