Berita Hari Ini

Khidmat E-Hailing Uber, Grabcar ‘Halal’ Beroperasi

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi mengesahkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar di seluruh negara.

Ia membabitkan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 yang dibentangkan secara berasingan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri tanpa pindaan menerusi undian suara dengan lebih suara bersetuju.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Nancy berkata, kedua-dua undang-undang itu akan membolehkan perkhidmatan e-hailing dilakukan secara sah dan turut beroperasi di Sabah serta Sarawak.

Ini kerana, katanya perkhidmatan awam darat di Sabah dan Sarawak tidak tertakluk di bawah seliaan dan kawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata, dengan kelulusan dua rang undang-undang itu, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang mengawal selia perkhidmatan e-hailing secara sah.

“Ini adalah kali pertama penyedia perkhidmatan e-hailing `dihalalkan’ untuk menjalankan operasi mereka. Ketika ini semua negara termasuk Australia menunggu pelaksanaan di Malaysia.

“Malaysia sekarang mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama ‘menghalalkan’ operasi bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang perkhidmatan e-hailing,” katanya.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");