Berita Hari Ini

Sasar Bina 500,000 Rumah Di Tapak Kumbahan

KUALA LUMPUR: Timbalan Persana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 500,000 unit perumahan awam akan dibina di tapak kumbahan menggunakan teknologi moden dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Beliau berkata, kediaman berkenaan akan dibina menerusi kerjasama pintar kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan sebuah syarikat swasta.
Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perumahan tidak mengumumkan syarikat berkenaan.
Katanya, kerjasama pintar itu sudah mendapat kelulusan dasar pada peringkat Kabinet dan kini pada peringkat untuk perincian, sebelum dimuktamadkan.
Tambah beliau, ia adalah idea kreatif bagi mengurangkan kawasan kumbahan yang menggunakan kawasan besar dengan mengaplikasikan teknologi baharu.
“Teknologi baharu ini memperkecilkan kawasan kumbahan antara lima hingga 10 peratus dari kawasan asal, maka selebihnya 90 hingga 95 peratus digunakan untuk kawasan perumahan awam tanpa berkompromi dengan isu berkaitan kesan kumbahan kepada penduduk.
“Teknologi baharu digunakan juga adalah moden tanpa mengabaikan kualiti persekitaran di mana keselesaan pembeli diutamakan,” katanya berucap pada majlis ulang tahun Ke-20 dan sambutan Aidilfitri Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Menara FELDA di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengerusi SPNB, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad; Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; dan Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.
Pada majlis tersebut, sermai 37 kakitangan SPNB yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 turut diraikan.
-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");