Sukan Hari Ini

“Saya Juara Dunia… Oh Tuhan”- Jun Hoong 

BUDAPEST: ‘Teruja dan hampir tidak berkata-kata’ itu reaksi penerjun negara, Cheong Jun Hoong, selepas meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita dalam Kejohanan Dunia FINA di sini, awal hari ini.
“Saya sangat teruja. Saya benar-benar tidak tahu apa yang berlaku tetapi saya berterima kasih kepada tuhan kerana selepas banyak tahun, saya bangkit semula dalam platform individu. 
“Entah bagaimana, ia susah nak jelaskan perasaan saya sekarang ini. Saya juara dunia, oh tuhan.”
Jun Hoong pada awalnya bermula agak lemah pada terjunan pertama, dengan sekadar melakar 75.00mata untuk berada di tangga keempat sebelum terjunan kedua juga menyaksikan kedudukannya tidak berganjak.
Namun, situasi itu langsung tidak menjejaskan fokusnya. Malah, pada terjunan ketiga, gadis berusia 27 tahun itu melakukan kejutan apabila memintas pemenang emas Sukan Olimpik 2016, Ren Qian, untuk berada di tangga pertama dengan catatan 81.60 mata.
Selepas terjunan itu, Jun Hoong mengekalkan kecemerlangan dengan mencatatkan 82.60 mata pada terjunan keempat yang juga merupakan mata tertinggi antara lima terjunan yang telah dilakukan, dan terus memimpin kedudukan dengan catatan keseluruhan 397.50 mata.
Pingat perak dan gangsa masing-masing milik penerjun China, Si Yajie dan Ren Qian, sementara seorang lagi penerjun negara, Pandelela Rinong, berada di kedudukan kesembilan dengan 322.40 mata.
Pada perkembangan sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut merekam ucapan tahniah kepada kejayaan Jun Hoong di peringkat antarabangsa.
-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");