Membawang Hari Ini

Saya Sedang Mengenali Seseorang – Azharina

Juara Gegar Vaganza 3, Azharina Azhar mengakui kini sedang berkawan dengan seorang usahawan lelaki berstatus duda.

Namun, tegas penyanyi lagu Elegi Sepi itu, hubungan mereka masih baru dan belum menuju ke gerbang percintaan.

“Beberapa bulan lalu saya ada membuat persembahan korporat dan daripada situ kami berkenalan. Cuma berkawan! Tak lebih daripada itu.

“Saya pun perlukan masa dia pun perlukan masa. Jauh lagi ke arah fasa itu (bercinta).

“Apa yang boleh saya katakan dia seorang lelaki yang ‘gentleman’, ‘cool’, memahami kerjaya saya dan rapat dengan anak saya,” katanya.

Azharina berserah pada jodoh untuk berkahwin sekali lagi dan tidak menetapkan sebarang sasaran ke arah itu.

“Orang selalu hina status saya seperti ini dan saya juga perlu bersedia sebab saya trauma dengan perkahwinan terdahulu.

“Keluarga saya pun belum mengetahui akan perkara (hubungan) ini. Jadi saya tak mahu bercerita perkara belum pasti,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");