Perak Hari Ini

Sekitar 3,000 Hadir Menyaksikan Tayangan Wayang Pacak J Revolusi Anjuran MB Inc

TANJUNG TUALANG: Kira-kira 3,000 orang hadir bagi menyaksikan Tayangan Wayang Pacak Amal Filem J Revolusi di perkarangan Kapal Korek Tanjung Tualang No.5 (TT5) dekat sini pada Rabu.

Dengan harga tiket bagi dewasa RM10 dan kanak-kanak bernilai RM5, penonton dapat merasai pengalaman menonton ‘wayang pacak’ yang dipancarkan melalui skrin besar LED dan sistem bunyi yang cukup baik, seolah-olah menonton di dalam pawagam.

 

Selain tayangan filem, para penonton juga berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah saguhati menerusi acara cabutan bertuah dalam program anjuran Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) ini.

Pada masa sama, seramai 28 orang anak yatim yang dibawa oleh Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) dari Pusat Anak Yatim Dahikmah, Gopeng turut diraikan dengan pemberian duit raya, hasil dari kutipan jualan tiket.

 

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi turut menaja tiket tayangan kepada 400 orang penduduk sekitar Kapal Korek TT5 ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zainuddin Yaacob serta penerbit filem J Revolusi, Gayatri Su-Lin Pillai, dan pelakon utamanya, Zul Ariffin.

Terdahulu, pada sebelah siangnya, MB Inc turut mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 di lokasi yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");