Isu Panas

Selepas Muzik.FM, Kini Galaksi Muzik Pula Ditutup: Apa Sudah Jadi Dengan RTM?

Sejak akhir-akhir ini isu berkaitan ketirisan sistem pengurusan jabatan kerajaan menjadi buah mulut netizen. Dari dikalangan agensi beruniform kepada pejabat-pejabat agama dan kini Peraktoday.com ada mendapat maklumat berkaitan isu yang berlaku pada Muzik.FM.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa stesen Muzik.FM telah dihentikan operasi pada 2011 dimana alasan yang diberikan adalah kerana pihak pengurusan ingin bertukar konsep. Maka stesen radio berkenaan ditutup dan siarannya diberikan kepada Nasional.FM.

Apakah yang berlaku pada Muzik.FM?

Selepas penutupan stesen berkenaan, Muzik.FM yang kononnya ingin bertukar konsep dijadikan sebagai radio online dengan nafas dan nama baru iaitu ‘Galaksi Muzik’. Jadinya, DJ yang berkhidmat pada siaran radio online ini adalah orang yang sama di Muzik.FM.

Penutupan Muzik.FM itu pun sudah menimbulkan kesedihan dikalangan pendengar namun ia tidak begitu ketara kerana mereka masih boleh mendengarnya menerusi online.

Bagaimanapun, pendengar serta DJ-DJ Galaksi Muzik sekali lagi kecewa apabila pihak atasan atau lebih tepat RTM sekali lagi membuat keputusan mengejut dengan mengumumkan penutupannya akhir bulan ini.

Menurut sumber yang dipercayai, RTM telah memberikan alasan masalah kewangan dan mengambil keputusan menutup Galaksi Muzik kali ini. Malah, ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa pihak pengurusan atasan sebenarnya tidak memahami sedalam-dalamnya konsep radio online.

Pihak atasan yang ingin menukar konsep tapi akhirnya mereka sendiri yang tidak faham dengan konsep berkenaan. Itulah hakikat yang berlaku.

Dengan penutupan Muzik.FM atau Galaksi Muzik makanya boleh dikatakan tiadalah stesen radio milik kerajaan yang membawa konsep ‘Orang Muda’ selepas ini. Stesen radio yang tinggal hanya Nasional.FM dan Klasik Nasional.

Makanya selepas ini RTM janganlah merungut jika pendengar dikalangan belia atau ‘Orang Muda’ memilih untuk mendengar stesen radio milik swasta. Malah bagi siaran online juga sudah tentu stesen swasta menjadi pilihan utama.

Apa yang dilihat, isu ini berlaku disebabkan pihak atasan RTM membuat keputusan semberono tanpa melibatkan feedback dari pendengar. Malah difahamkan Galaksi Muzik telah berjaya menarik minat ramai pendengar.

Mungkin pihak atasan RTM merupakan dikalangan ‘Orang Lama’ yang memikirkan siaran berkenaan hanya berkumandang di corong-corong radio.

Jika benar, maka ia jelas menunjukkan RTM tidak berkembang mengikut arus kemodenan. Rata-rata rakyat Malaysia sekarang, memilih untu mendengar radio menerusi online dan atas sebab itu ramai pendengar dan kakitangan merasakan Galaksi Muzik wajar diteruskan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");