Perak Hari Ini

Sengsara Dikejar 11 ‘Ah Long”

IPOH: Seorang pengusaha bingkai gambar, hidup dalam ketakutan sejak sebulan lalu apabila diganggu oleh Ah Long

Selain diugut, Chuah Chee Hooi, 48 tahun turut  dipukul serta barangan di kedainya dirampas oleh sekumpulan Ah Long berkenaan.

Malah katanya, kehidupannya menjadi tidak tenteram dan ia memberi kesan buruk kepada isteri, dan tiga orang anak lelakinya.

“Apabila saya pulang ke rumah, kehadiran saya seolah-olah tidak diperdulikan anak dan isteri malah ada kalanya saya hanya makan nasi yang disejukkan di dalam peti ais, berlaukkan kicap sahaja”, katanya kepada media di di Pusat Khidmat Dan Aduan BN Perak, pada Selasa.

Chuah berkata perkara ini bermula sekitar dua bulan lepas di mana dia terpandang satu iklan peminjaman wang segera di laman Facebook.

Dia yang telah disenarai hitam oleh bank itu, membuat keputusan untuk membuat pinjaman bagi menguruskan hutang perniagaan dan ingin membuat sedikit penambah baikkan terhadap premisnya.

Tambahnya, apabila hendak mendapatkan wang pinjaman, mereka memintanya untuk membayar sejumlah wang tambahan bagi meluluskan proses peminjaman tersebut.

 

Namun jelas beliau, kerana tidak mempunyai simpanan yang banyak, Chuah kemudiannya membuat keputusan untuk meminjam wang dari satu lagi kumpulan peminjam wang tidak berlesen lain dari laman sosial yang sama.

Modus operandinya sama dan akibat dari itu, Chuah kerugian kira-kira RM20,000 akibat ditipu kedua-dua laman Facebook ‘ah long’ tersebut.

Tidak berhenti setakat itu, katanya, bagi melangsaikan hutang-hutang yang tertunggak  di tambah lagi dengan hal perniagaanya, Chuah telah meminjam kepada ah long yang lain bagi menyelesaikan masalanya.

Keadaan bertambah parah apabila dia telah meminjam kepada 11 kumpulan ah long dan kerugian kira-kira RM60,000 bagi pinjaman bernilai dalam RM40,000.

Ketua Urusetia Pusat Khidmat Dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah yang turut hadir bersama Chuah,  berkata sebanyak tiga laporan polis telah dibuat  berhubung dengan perkara ini.

“Saya meminta pihak polis khususnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar dapat mengambil tindakan yang serius dalam menangani isu ah long yang tidak berkesudahan dalam negara ini”, katanya.

Pada masa sama, Chuah berkata agar orang ramai menjauhi perkhidmatan penipuan peminjaman wang segera yang sangat licik ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");