shadow

Penyanyi Aisyah Aziz mengaku kesal dengan sikap segelintir netizen dengan memberi kritikan berbaur negatif tanpa memikirkan kesan ke atas dirinya.

Memetik laporan BH online, adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu menyifatkan golongan tersebut melampaui batas apabila mempersoalkan mengenai pegangan agamanya gara-gara dia berpakaian seksi.

“Kadang kala apabila dibiarkan, kritikan yang dilemparkan melampaui batas. Saya bersuara kerana enggan membiarkan diri dipijak sesuka hati.

“Saya dicemuh kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi sehingga dituduh tidak beragama. Siapakah mereka untuk meletakkan hukum kepada saya?

“Media sosial digunakan kerana ia adalah medium paling dekat untuk berkomunikasi dengan peminat. Saya boleh menerima teguran, namun biarlah kena pada caranya,” katanya.

Baru-baru ini, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 2013 itu meluahkan perasaan pada Insta Story mengenai kritikan netizen. Malah, Aisyah menyekat akaun yang memberi aura negatif kepadanya.

 

Komen & Pendapat