Membawang Hari Ini

Song Joong Ki Akan Ke Kuala Lumpur

SELEPAS pelakon utama filem Baby Driver, Ansel Elgort hadir bersama Lily James dan pengarahnya Edgar Wright ke ibu kota bagi mempromosikan filem mereka, seorang lagi bintang antarabangsa bakal ke Malaysia tidak lama lagi.

Terkenal menerusi drama bersiri Descendants Of The Sun, Song Joong Ki akan ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya, The Battleship Island.

Song bersama pelakon Hwang Jung-min, So Ji-sub dan juga pengarah, Ryoo Seung-wan dijadual akan mengadakan promosi jelajah filem berkenaan pada 9 Ogos ini.

Filem The Battleship Island, yang berlatar belakangkan era pendudukan tentera Jepun di rantau Asia, mengisahkan tiga orang lelaki yang merancang untuk keluar dari kem buruh paksaan yang terletak di Pulau Hashima, Nagasaki, Jepun, bersama-sama dengan ratusan tahanan lain.

Filem ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 Ogos.

 

-STAR2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");