Sukan Hari Ini

Sukan SEA: Kejayaan Jun Hoong Suntik Inspirasi

KUALA LUMPUR: Chief-de-mission Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin, menyifatkan kejayaan penerjun negara, Cheong Jun Hoong, sebagai juara dunia sebagai inspirasi dan membina momentum kejayaan yang terbaik dalam menuju detik ke temasya dwi tahunan itu, bulan depan.

Jun Hoong meraih pingat emas pertama Malaysia dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2017 (FINA) di Budapest, Hungary, menerusi acara 10 meter platform individu.

Ia kejayaan yang sungguh bermakna, apatah lagi dia juga bakal mengibarkan cabaran dalam Sukan SEA yang hanya kurang 30 hari dari sekarang.

Kejayaan Jun Hoong itu petanda positif untuk sukan terjun memberi sumbangan emas dalam aspirasi negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA nanti.

“Seorang lagi rakyat Malaysia telah muncul sebagai juara dunia.

“Dalam Sukan SEA nanti, saya sangat gembira kerana ia akan memberi inspirasi besar bukan sahaja kepada skuad terjun negara, malah kepada keseluruhan atlet negara.

“Jika Jun Hoong boleh melakukannya, mereka yang lain juga boleh,” kata Marina ketika ditemui dalam majlis sokongan penajaan minuman Sukan SEA Kuala Lumpur dan Para Asean 2017, Milo, kepada barisan atlet negara, hari ini.

Pujian juga diberikan kepada sukan-sukan lain seperti memanah, pelayaran dan olahraga yang turut mencipta kejayaan di pentas antarabangsa tatkala Malaysia sedang menghitung detik 14 Ogos ini, di mana Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 membuka tirai saingan.

“Ia mereka memberi petanda baik sempena Sukan SEA nanti dan saya berharap mereka akan terus memberi fokus sehingga mereka mencapai kemuncak dalam Sukan SEA dan membuatkan kita semua bangga.”

Turut dilancarkan kempen Milo tanda sokongan dalam media sosial kepada atlet-atlet negara sepanjang Sukan SEA menerusi #BersatuKitaTeguh.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");