Isu Panas

Tak Ada Masalah Jika Tun M Turun Himpunan

KUALA LUMPUR – “Tidak ada masalah sekiranya himpunan berlangsung dengan ada permit yang sah daripada pihak berkuasa,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau yang ditemui Sinar Harian berkata demikian bagi mengulas tentang perhimpunan Pakatan Harapan yang dijangka diadakan pada Oktober nanti.

Menurutnya, kalau himpunan itu nanti dengan niat keamanan itu dibenarkan, tapi kalau untuk mencetuskan apa-apa pergaduhan dan perpecahan memang tidak dibenarkan.

“Kita tidak mahu himpunan seperti Bersih, itu memang tak boleh. Di akhirnya untuk apa? Kenapa mesti menganjurkan himpunan sedemikian rupa,” katanya.

Beliau berkata, forum terbesar adalah di Parlimen kerana sistem demokrasi negara ada Parlimen dan Dewan Negeri.

Katanya, jadi, berilah suara pendapat dan pandangan melalui saluran yang betul.

“Kalau himpunan itu mendapat kebenaran polis untuk tujuan aman tak ada masalah. Tapi, kalau tak dapat kebenaran usahlah buat juga. Ia satu kesalahan,” tegasnya.

Mengulas tentang jangkaan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam himpunan itu, Shahidan berkata, itu tidak ada masalah kerana pemimpin itu juga ada turun ketika himpunan Bersih sebelum ini.

“Apa yang penting ada permit polis dan kebenaran. Kalau tak ia akan menjadi masalah nanti,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN terbuka untuk membenarkan perhimpunan Pakatan Harapan diadakan pada Oktober ini sekiranya ia memenuhi syarat termasuk notis dan lokasi di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");