Jenayah

Van UiTM Bertembung Dengan Kereta

IPOH: Dua maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan antara sebuah van milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Tapah dan sebuah kereta di Jalan Lambor Kanan, berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Chulan Pulau Tiga, Kampung Gajah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit, Salleh Mamat, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian jam 1.21 tengah hari.

Katanya, difahamkan van berkenaan dipandu dari arah Kampung Gajah ke Bota, manakala kereta pula dari arah bertentangan sebelum bertembung.

“Sebaik tiba anggota bomba mendapati semua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam, dan pemeriksaan mendapati terdapat dua wanita maut serta empat lagi cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Salleh berkata, pihak bomba kemudian membantu mengangkat empat mangsa yang cedera ke dalam ambulans pihak hospital dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk di hantar ke Hospital Changkat Melintang, Kampung Gajah.

“Wanita yang maut dipercayai berusia 30-an dan belasan tahun diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

-BH ONLINE
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");