Perak Hari Ini

20 Tahun Penduduk Terpaksa Guna Jalan Rosak

HUTAN MELINTANG:Kerosakan jalan di penduduk penduduk Lorong 3 Kampung Bernam Hutan Melintang di sini telah membahayakan penduduk kampung terutamanya penunggang motosikal.

Penolong Setiausaha MIC Seri Samak, Dr.M.Saravanabavan berkata kerosakan jalan tersebut tidak sepatutnya dipandang ringan berikutan perkara itu sudah berlarutan sejak 20 tahun lalu.

“Mereka berulang alik ke kerja dan anak anak mereka ke sekolah dalam keadaan jalan ini yang telah mengakibatkan kemalangan beberapa penduduk disini malah jalan di Lorong 3 Kampung Bernam ini tidak dibaikpulih sejak 20 tahun yang lalu,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurut penduduk penduduk Lorong 3 Kampung Bernam, keadaan jalan ini bukan sahaja merosakkan kenderaan mereka tetapi mengundang bahaya nyawa penduduk penduduk disini.

Difahamkan sekiranya hujan, keadaan menjadi lebih berbahaya berikutan sistem perparitan di Lorong 3 Kampung Bernam tidak teratur dan setiap hari penduduk penduduk harus menuang air yang tertakung di parit mereka.

Terdapat lebih daripada sepuluh 10 keluarga di Lorong 3 Kampung Bernam Hutan Melintang yang menggunakan jalan ini setiap hari.

 

“Nyawa penduduk penduduk dalam bahaya. Saya merayu pihak yang bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera dalam menurap jalan dan membaikpulih system perparitan di Lorong 3 Kampung Bernam.

“Penduduk Penduduk Hutan Melintang tidak sanggup berdepan dengan risiko sebegini yang memberikan bahaya kepada keluarga dan anak anak mereka,” katanya.

Terdahulu Dr.M.Saravanabavan telah menghantar surat permohonan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan memohon supaya tindakan segera diambil melibatkan Lorong 3 Kampung Bernam di sini yang telah ditandatangani oleh 22 penduduk kampung itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");