Jenayah

7,258 Pengguna Jalan Raya Kena Mata Demerit

KUALA LUMPUR – Seramai 7,258 orang pengguna jalan raya telah dikenakan mata demerit manakala142,135 notis saman dikeluarkan sejak Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dikuatkuasakan pada 15 April lalu.

Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata daripada jumlah itu, kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 129,781 dan 12,354 bagi kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Mahfuz meminta penjelasan mengenai jumlah saman dan pengguna yang dikenakan pemotongan demerit sejak AWAS dikuatkuasakan serta jumlah kamera AWAS yang telah dipasang.

Kementerian berkata sebanyak 21 kamera AWAS telah beroperasi di beberapa negeri setakat ini melibatkan lapan lokasi di Perak, Kuala Lumpur (tiga), Putrajaya (dua), Johor (dua), Perak (dua), Selangor (dua), Terengganu (dua), Kelantan (satu) dan Kedah (satu). – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");